Pages

Thursday, October 2, 2014

Pageview Meletop

By: mohd azmi On: 10:27 AM
  • Share The Gag

  • Berlagak..?? Tak lah... Sebab sakai la... Tak pernah dapat pageview cecah 47,000 dalam masa sehari... Giler kan... Tak pernah termimpi jadi macam ni...



    Mungkin tu kali pertama dan kali terakhir aku dapat pageview cecah puluh puluh ribu dalam masa sehari... Hahahaha

    Ape cerita sebenarnya sampai jadi macam ni meletop... Siasat punya siasat, ni kes taska haram jadah tu yang telah menyebabkan seorang bayi meninggal dunia... 

    Bila jadi macam ni, baru lah jadi perhatian kan... Selama ni tak pandang pon... 


    Wednesday, October 1, 2014

    Kenapa Majlis Perbandaran Sandakan Cekik Darah

    By: mohd azmi On: 8:03 PM
  • Share The Gag
  • Ya... Pada aku Majlis Perbandaran Sandakan sangat cekik darah... Aku tekankan disini mengenai harga parking di bandar Sandakan... Giler... Serius gila cekik darah... Bahahaha... 



    Takde niat nak burukkan tempat orang tapi ini luahan rasa ketidakpuashatian aku sebagai seorang pelancong... Pelancong la sangat... (Cerita sukan di Sandakan tak abes lagi la)..

    Macam ni ceritanya... Masa tu kitorang parking kat tengah bandar... Dekat sikit dengan mall yang baru, Harbour Mall dan juga senang nak cari makan kat situ... Tak sampai 2 jam pon kitorang parking kat tempat tu, dah kena charge RM11.00... 

    Hohoho... Masing masing terkejut giler... Mahal nak mampos... Mengalahkan parking kat KLCC beb... Mampos... Resit parking tak sempat aku nak snap sebab cepat cepat cari tempat bayar... Nanti kalau lambat lagi, mau RM100 kene bayar parking... 

    Sebelom bayar tu aku sempat tengok rate parking kat situ... 1/2 jam parking kena charge RM1.00... Masuk 1 jam parking, serta merta naik RM6.00... Masuk 1 1/2 jam naik lagi ke RM11.00... Dan maksimum parking kat tempat tu sebanyak RM96.00... Tak cekik darah ke camtu..???

    Member aku parking kat tempat tu dari pagi sampai ke petang, kena charge RM91.00... Hahahaha.. Hoi..!! Giler khinzir betul harga parking tu... 

    Kepada Majlis Perbandaran Sandakan, tolonglah kaji semula harga parking tu... Melampau sangat harganya.. Kalau keselamatan 100% terjaga, aku tak kisah... Kalau kereta calar pon, korang boleh bayar ganti rugi, aku tak kisah juga... Ni tak... Motif nak letak harga camtu semata mata nak kaut untung... 

    Kalau dapat untung tu nak majukan Bandar Sandakan takpelah juga... Ini tak, kat kawasan penuh dengan lalang... Sampai menyukarkan penglihatan pemandu... Hampeh.. Cekik darah... 

    Pahang Menang Bola | JDT Menang Lawak

    By: mohd azmi On: 1:23 PM
  • Share The Gag
  • Pahang Menang Bola | JDT Menang Lawak| Yeaaaaaiiii...!!! Tahniah buat pasukan Tok Gajah... Memang tak sia sia aku sokong habis habisan... Tahniah... Menang juga Pahang bola malam ni kan..

    Bola sepak malam ni antara pasukan Pahang dengan JDT memang penuh dengan debaran.. Serius.. Persembahan antara dua dua pasukan, Pahang dan JDT memang terbaik...


    Penyokong JDT saja nak timbulkan provokasi... Walhal takde sape yang nak gaduh ngan korang... Malahan terdapat segelintir penyokong tegar JDT berbangga berdarah lanun dan cuba nak melaga lagakan antara dua dua pasukan... Poooodahhh...!!!

    Tapi takpe, Pahang Menang Bola, tapi JDT bakal menang juga dengan  antara 2 kumpulan dalam Maharaja Lawak Mega Finall, Sepahtu dengan Shiro... Hahaha 

    Jangan marah marah ye.. Kuatkan semangat kesukanan tanpa sebarang provokasi dari penyokong mahupun 'pihak tertinggi'... Hehehe...

    Kekalahan JDT pasti disusuli dengan alasan oleh para penyokong seperti:
    - Padang tak cantik
    - Pihak lawan main kasar
    - Pengadil berat sebelah
    - terowong kecik.. 

    PEACE YOOOOO!!!!!!!! 

    Salam 3-2 dari orang Borneo... Haha


    BR1M 2014 | Permohonan Secara Online

    By: mohd azmi On: 1:16 PM
  • Share The Gag
  • BR1M 2014 | Permohonan Secara Online | Hari ini bermulalah permohonan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2014... Permohonan BR1M ini boleh dilakukan secara online... 


    Korang boleh buat permohonan secara online dengan cara mengisi borang yang telah disediakan... Klik SINI... Bagi mereka yang dah dapat BR1M pada tahun lepas, boleh lah kemaskini maklumat korang di SINI ...

    Kalau rasa susah nak buat permohonan BR1M 2014 secara online, korang boleh ambil borang kat mana mana kaunter HASIL.. Yang penting borang BR1M 2014 ini adalah percuma... Jangan sesekali tertipu sekiranya terdapat individu yang menjual borang BR1M... 


    Perhimpunan 31 Disember | Hanya Memperalatkan Melayu|

    By: mohd azmi On: 1:14 PM
  • Share The Gag
  • Perhimpunan 31 Disember | Hanya Memperalatkan Melayu| Panas... Panas... Siapa yang ada pergi join Perhimpunan 31 Disember lepas?? Betul kah kenyataan orang ni??? Jom baca Demonstrasi: Jangan biar di peralatkan




    Kejap... Aku sendiri pon tak pasti apa tujuan dan motif sebenar Perhimpunan 31 Disember yang lepas?? Sama ada untuk gulingkan kerajaan atau pun bantahan kenaikan Harga Barang??? Ada sesiapa boleh bagitau aku tak?? Apa komen korang...

    SHAH ALAM – ‘Jangan diperalatkan pembangkang untuk buat kekecohan.” Demikian nasihat Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang terhadap majoriti anak muda Melayu yang menyertai himpunan Turun, malam tadi.

    Menurut beliau, beberapa siri himpunan jalanan yang dianjurkan sesetengah pihak sebelum ini juga majoritinya disertai kaum Melayu malah yang akhirnya ditahan pihak polis juga berbangsa Melayu.

    Semalam, sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka diselangi dengan himpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup anjuran Gerakan Turun Kos Hidup (Turun).

    Konsert anjuranDewan Bandraya Kuala Lumpur (DBKL) turut terjejas apabila terpaksa dihentikan setengah jam lebih awal ekoran berlaku insiden objek yang dipercayai botol air dibaling ke atas pentas.

    “Harap adik-adik jangan diperalatkan pihak pembangkang untuk buat kekecohan. Apabila berlaku rusuhan, pemimpin mereka semua cabut. Tinggal anda saja di depan.

    "Kalauadik-adik nak main politik, kenalah belajar daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pernah nampak ke dia di depan apa-apa rusuhan? Yang kena tangkap pun bukan dia.

    “Selalu dalam demonstrasi jalanan, yang kena tangkap majoriti kaum Melayu. Kenapa adik-adik perlu diguna? Pernah nampak adik-adik kaum Cina? Fikirlah masa depan,” katanya yang dipetik melalui laman mikro Twitter miliknya, semalam.

    Menafikan dirinya rasis kerana membuat kenyataan sedemikian, beliau akui kenyataan itu sebagai nasihat ikhlas kepada anak muda Melayu.

    “Memang aneh bila saya cuba beri nasihat terbaik untuk kaum Melayu supaya jangan diperalat, penyokong DAP kata saya rasis. Salah ke bantu kaum lain?

    “Saya bukan rasis. Saya sedih lihat anak-anak Melayu diperalat untuk buat demonstrasi jalanan pembangkang. Pernah nampak kaum lain? Fikirlah masa depan anda.

    Kalau saya rasis,saya tak perlu nasihat anak-anak Melayu. Biar mereka terus diperalat demonstrasi dan buat kekecohan. Hanya pentingkan nasib kaum sendiri,” katanya.

    Tekannya, kebenaran memang menyakitkan namun ia hakikat yang berlaku sekarang ini.

    “Ini bukan soal kaum tapi hakikat majoriti (yang sertai) demonstrasi adalah anak-anak Melayu. Yang (bangsa) lain semua bukan tak berjuang untuk negara tapi tak rela diperalat.

    “Saya hanya beri nasihat ikhlas kpd anak muda Melayu. Hakikat itu tak akan didedah pembangkang. Fikirlah masa depan. Jangan terus diperalat,” katanya.

    P/S: Malam ambang tahun baru haritu aku dengan beberapa orang blogger lain turut bersama sama 'berguling' di Kajang... Haaa.. tu kena tunggu aku cerita di lain entri ok... hahaha